Thursday 20 September 2012

16 September 2012

Tanggal 16 September 2012. Pagi pagi sudah bangun. Bila tengok dekat fb, xde apa2 event pun dekat KL.  Orang KL ni x sambut 16 September 2012? Hari Malaysia. Oh xpelah, at least ada jugak open house hari ini di rumah kak Aleiya. So tepat pukul 12, baru nak mandi n siap2. By the way, hari minggu naik moto lah. kalau naik kereta, memang jem. Yang tensionnya sebab xjumpa langsung rumah kak aleiya dekat area kampung kerdas, call2 x angkat. I spend 1 hour since 12.30 until 1.30 and It wasting my time just only to find kak Aleiya house. Dah la perut lapar, so terus pergi ke Low Yatt. Fuhhhhhh. Terus order Choclate Chip. And you know, Starbuck sekarang menyediakan voucher with membership, so we can buy in any shop under Berjaya Group with 20% until 50% discount. So get it friends ^^



After perut kenyang, so teruskan niat untuk pergi menembak. At the same day, bukit bintang ada mengadakan pertandingan dikir barat yang dihoskan oleh Sabri Yunus. Pertandingan ini sama seperti yang ada di Astro channel 311. Tapi yang bestnya pertandingan ini dia lain dari sebab menggunakan klarakter patung perempuan. Di mana tukang kata ni (kalau saya silap sila betulkan) akan cuba mendikirkan untuk mengorat patung tu. Lawak. First time enjoy tengok dikir barat. Warisan melayu haruslah di pelihara. Enjoy photo beb.












Sunday 16 September 2012

Porfolio Indra Part 1

First time bergandingan dengan model dari Indonesia, Indra. Photoshoot bertempat di sekitar Putrajaya.
Terima kasih kepada Mdnoh Jalaludin Mnj kerana sudi mengajar editing untuk photoshoot model.


Saturday 15 September 2012

4 Tahun, Aku Still Budak Baru

4 tahun dalam dunia photography, aku rasa aku still budak baru. Kadang kadang ada photographer yang pakai gadjet high class, sudah berlagak seperti otai. Bila ditegur, katanya aku ni budak baru. Tegur tu tanda sayang. Kita belajar dari pengalaman orang lain. Bukan ke pengalaman tu pun satu ilmu?

"Ambil gamba ni jangan pikir pasal orang lain, jangan pikir nak pujian, jangan pikir sangat untuk orang menangis atau syahdu nak mampus, gambar macam ni selalunya adalah "moment" , kengkadang moment ni datang dengan sendiri, back to basic, kalau kita ada ilmu asas dalam fotografi insyallah ia banyak membantu.. kalau nak ada penceritaan dalam gambar, banyakkan jumpa otai dari photojurnalis, street photo , still life dan press photographer.. diaorang banyak ilmu dan ada soul dalam penceritaan dalam gamba" - Kukubesi manipulasi

Bagi yang baru nak berjinak, jangan malu dengan gadjet anda. Gadjet tu tak menjanjikan apa2, tapi skill dan pengalaman tu yang menjanjikan kepuasan. Pedulikan apa orang kata. Bila mcm ni, aku teringat kata-kata Zamin Omar, photographer dari Penang yang sangat rendah diri, time tu aku pm inbox dia dekat fb, 5 September 2012. Ayat dia yang betul2 menyebabkan aku respect sangat dengan dia :

"pedulikan apa org kata.kita bos,brg kita,kederat kita,rezeki kita.setiap manusia Allah da tetapkan rezekinya masing2" - Zamin Omar

So, yang ada kamera tu, teruskan dengan minat korang. Nak jadi yang terbaik, buat dari yang lain. Bukan maksud aku buat benda x elok. Kene saman aku nanti. Buat sumting untuk kepuasan diri. Dan yang penting, respect sesama photographer, jangan berlagak xtentu pasal. ANNOYING OKAY !



First camera aku pakai,canon 1000d plus 18-55mm plus nissin di622 . Aku pun start dari bawah, kita belajar, kita puas !

Friday 14 September 2012

Candid + We Happy Together

Gambar candid yang di ambil semasa reception Rahman & Liyana. Asalnya dorang x perasan pn gambar ni di ambil. Tapi bila tengok hasil wow, natural jugak dari dorang stay amek gambar, gelak2 sampai buat peace ! Hee sorry sebab amik candid tanpa minta izin. Anyway gambar korang semua ni cantik. 













Wild Wild West

Tarikh 08.09.2012 merupakan tarikh paling aku penat sekali dalam job photography. Yelah, mana taknya, dari pagi hingga petang handle untuk reception Rahman & Liyana. After solat asar dalam pukul 6, aku ajak Mahadhir (kazen aku) p teman aku minum sat. Then dalam 6.30, baru start pergerakan ke Hotel Impiana KLCC untuk next shoot, malam dinner Wild Wild West untuk NTP Group. Huiyooo, bulan Syawal, bulan jalan jem gilerr, sebab ramai sangat orang buat open house at the same day and at the same time. Tu lah namanya rezeki. Hee. Around 7.30 p.m sampai, dekat sejam jugaklah nak sampai impiana disebabkan jalan sesak dengan lautan kereta. And aku syukur sebab sampai sampai, ada juga parking dekat tingkat 7, even it is too far, but its okay. Yang penting kereta selamat dari saman parking tepi jalan. Hee.













Tersentap Dengan Pakcik Shell

Otw balik dari Ampang aku singgah di shell Taman Permata. Bukan nak isi minyak, tp cuma nak beli minyak 2t 125z. Then aku park moto opposite at the Shell. Masuk kedai, terus ke tempat botol 2t diletakkan. Masa kat kaunter, aku tersentap dengan pakcik yang bertugas di kaunter.

Aku     : Pakcik, nah 1 botol je saya amik. 

Pakcik : Oh, rm11.50 saja adik. Adik, pakcik nak tanya, kenapa pakai moto yang ada minyak 2t. Kan membazir #sambil senyum sinis kat aku

Aku    : o0o0o0o zaman student dulu pakcik, biasalah, jiwa muda, nak laju jeeeeeeee. Kalau pakai c70 nanti konvoi kene tinggal. Hehehehe

Pakcik : Ye lah, memang lah laju, but lastly, adik akan sampai jugak bukan. Moto ni tayar dua adik, tersentuh sikit boleh menyebabkan kematian.

Aku     : #dalam hati, WOW ! tersentap jugak wei, tak tahu nak balas apa# hmmmm betul jugak pakcik. Okay lah pakcik, jumpa lagi. bye2.

Then, aku pun beredar dari situ. Sepanjang perjalanan balik, aku x bawak laju pun. Slow je. Aku teringat balik aku accident masa layan selekoh dulu dekat hulu yam, boleh menyebabkan maut aku dengan Shahir. And at the same time, aku teringat Gaban, kawan aku masa matrik dulu, baru je meninggal harini, pagi tadi, pun sebab kemalangan. Betul lah kata pakcik tu, moto ni tayar dua, tersentuh sikit boleh menyebabkan kematian. Huuuuu ! 

Reception Rahman & Liyana

Majlis diadakan di kajang. Wow, time outing yang paling payah. Sampai kering idea beb, yee laaa, mana taknya, hari hujan. bila pengalaman tak pernah amek gambar outing masa hujan, tu yang kekeringan idea.  Hee. By the way, i try my best to make a sweet memory for both of you. Congrats Rahman & Liyana.














Thursday 13 September 2012

First entry !

Wahh, akhirnya baru nak releasekan blog zahara. Welcome to my page ! kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. Dan juga harap diberi tunjuk ajar yeeee ^^


                                   **Aku akan terus berlari sampai aku dapat klimaks kejayaan**